TAJUK 12: PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA
PENDAHULUAN
Pengurusan murid pelbagai upaya yang berkeperluan khas merujuk kepada pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran, cacat bahasa (percakapan), mengalami gangguan emosi, autisma, kecacatan mental, anggota, trauma, cacat penglihatan, pendengaran dan lain-lain yang berpunca daripada kesihatan serta termasuklah pelajar uang memiliki pelbagai upaya. Menurut Sterberg dan Zhang (1995), menjelaskan bahawa kanak-kanak yang berkeperluan khas mempunyai kemahiran mereka yang tersendiri. Golongan pelajar-pelajar ini lebih gemar menjalankan aktiviti pembelajaran yang lebih ke arah bersifat santai misalnya seperti melukis, menyanyi dan sebagainya.
ISI-ISI PENTING
Pengurusan murid pelbagai upaya berfokus kepada tiga topik perbincangan iaitu pemulihan, penggayaan dan pelbagai kecerdasan. Program pemlihan merupakan "satu program pendidikan disediakan untuk muriid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus". Murid pemulihan merupakan "Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif". Pemulihan mengutamakan prinsip Menyelesaikan masalah seawal mungkin supaya tidak kronik. Perbezaan minat, pengalaman, bakat das gaya belajar mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanya. Melalui program pemulihan khas, keperluan-keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi. Ciri-ciri kanak pemulihan ialah rendah diri, pasif, mengganggu rakan, kerap tidak hadir sekolah, malas dan cepat bosan.
Seterusnya ialah pengayaan. Pengayaan ialah memberi aktiviti tambahan kepada murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu. Murid-murid dapat meluaskan pengetahuan berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan unit pembelajaran secara mendatar. Konsepnya ialah melibatkan murid-murid yang berpencapain melebihi sederhana dalam penguasaan kemahiran asas. Dilaksanakan melaui aktiviti asas di dalam atau luar kelas. Bercorak belajar sendiri dan bimbingan guru tahap minima. Ada dua jenis pengayaan iaitu pengayaan mendatar dan menegak.
Disamping itu, teori kecerdasan pelbagai. Antaranya ialah kecerdasan logik-matematik, kecerdasan verbal-linguistik, kecerdasan muzik, kecerdasan kinestatik badan, kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal, kecerdasan ruang visual, kecerdasan naturalis, dan kecerdasan eksistensialis. Sebenarnya murid yang pelbagai upaya ini tidak hanya tertumpu kepada satu kecerdasan. Mereka mempunyai kecerdasan berbeza bergantung kepada diri masing-masing. Mereka boleh digabungkan sekali dalam kelompok yang sama dengan orang lain. Apa yang penting ialah guru perlu memberikan perhatian yang khusus kepada golongan ini.
RUMUSAN
Secara kesimpulannnya, terdapat pelbagai jenis murid berkeperluan khas ini. Mereka merupakan golongan yang teristimewa yang diciptakan oleh Tuhan. Kewujudan minoriti komuniti kurang upaya di Malaysia perlu diiktiraf kerana mereka berhak menerima kesamarataan dengan masyarakat biasa. Oleh hal yang demikian, semua pihak perlulah pihak peka terhadap persekitaran dan keadaan murid berkeperluan khas ini. Hal ini diharapkan agar sistem pendidikan yang sedia ada seperti adanya perkembangan teknologi dapat diperkembangkan dan digunakan sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.
RUJUKAN
-Zahari Suppian, pengurusan murid pelbagai upaya, 2019, nota KPS3014
-https://www.scribd.com/doc/187975109/PENGURUSAN-PELBAGAI-UPAYA
NOTA :
No comments:
Post a Comment